woah!!

woah!!
rindu saat itu...

...sURat untuk DIA...

disaat hati ini menangis mengenang dosa silamku... fikiran mula terbayang wajahmu.... engkau adalah insan yang selalu "membenci" diriku.. disaat diriku melangkaui batas,, kau tegur dengan caramu.. cara yang mampu menjatuhkan aku...

kata-katamu seakan anak panah yang dilepaskan dari busur yang ditarik talinya sepenuh tenaga....
hatiku mula memberontak, melahirkan perasaan dendam dan amarah.. dirimu tersenarai sebagai musuh utamaku.. hati, minda dan perasaanku tidak mampu menerima kewujudanmu dalam hidup ini... rasa seperti engkaulah insan yang patut mati!!

sejak minggu pertama perkenalan kita lagi engkau menzahirkan kebencian kepadaku.. dan semenjak itu juga hati ini mula membenci dirimu.. entah mengapa diriku tidak mampu menerima teguranmu... tiap kali engkau mengingatkan aku, hati kecilku terdetik.."apa masalah engkau?!"... mungkin caramu mengguris hatiku.

diasaat aku duduk dan termenung seeorang diri... hati ini menangis kekesalan .. niat dan azam mula ku lakar.. untuk kehidupan baru yang lebih sempurna dan lebih dekat denganNya..

ternyata teguranmu mengingatkan aku kepadaNya.. terpadam sudah api kemarahan, terkubur juga dendam membara.. terkenang pula saat dirimu memohon maaf kepadaku.. engkau seperti dirasuk sesuatu .. kerana orang yang selama ini enggan mendapingiku, memohon maaf dariku? hakikatnya aku sudah lama lupakan kisah lalu..

2010 kini melabuhkan tirainya.. angin 2011 bertiup sepoi-sepoi bahasa... aku termenung melihat kebesaran Tuhan sekeliling kita.. aku dsangat segan denganmu.. yela, aku orang kecil engkau orang besar, kau alim orangnya.. aku ini seperti pemabuk yang baru sedar!

setelah api kemarahan padam,, tanah yang gersang kini kembali subur, sudah ku tebas rumputnya.. menanti dirimu menyemai benih cinta.. agar tumbuh mekar bunga PERSAHABATAN.. yang kekal selamanya..

"janganlah engkau menghukum orang lain dek kerana kesalahan orang lain"

Namun aku amat mengerti itu adalah caramu untuk lari dari melakukan kesilapan lampau...
lupakan sajalah Sejarah hitammu...
tidak semua orang sama walaupun fizikalnya sama..

aku amat berharap agar engkau dapat menerimaku seadanya.. Terima Kasih

~kekasih yang tak dianggap~
sejujurnya dari sAhaBAtmu

.:kisAh Dia:.

kehidupannya tidak pernah sunyi dengan tomahan dan hinaan masyarakat... kemana sahaja kakinya melangkah, pasti akan diiringi suara-suara sumbang yang menyakitkan hati...Apabila mengenang nasibnya pasti air matanya mencurah-curah seperti air terjun ...

"...aku tak pernah minta jadi macam ni, apa salah aku? apa salah mummy dengan daddy? aku dah cuba, tapi tak boleh..."

hati kecilnya meraung kesakitan, dihiris pedang lidah bertubi-tubi... air mata mula memenuhi kelopak matanya, empangan penuh yang menunggu masa untuk melimpah...dan seperti yang dijangka.. air matanya jatuh ke pipi..
sebak di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Dia sedar hakikatnya hidup di dunia ini bermasyarakat,, tidak kira kemana dia membawa diri, pasti manusia ada... sekelilingnya adalah masyarakat yang berfikiran jumut dan lebih jumut daripada katak terencat yang hidup bawah tempurung sejah lahir... bukan  kuasanya untuk menutup mulut orang dan mengubah persepsi masyarakat..

....hari demi hari berlalu,, bulan demi bulan silih berganti,, tahun berlalu seperti pokok2 yang mati...
kehidupannya penuh dengan tomahan... hatinya kini bagai lali dengan perkara-perkara seperti itu..
sekian lama dia lalui hidup ini,, terdetik pula dalam hati kecilnya untuk membenci.. membenci semua manusia di muka bumi ini..

".....kenapa perlu aku menangis? apa faedah yang aku dapat? takkan aku nak menderita hanya kerana mulut orang yang buta hatinya.."
perasaan marah, dendam dan benci mula menyelinap masu ke lubuk hatinya..
bermula dari detik itu, dia menjadi seorang yang baru....

bermula detik itu lah, hati kecilnya yang selama ini sering meraung, kini menjadi keras.. Hatta di hadapan Allah juga air matanya seperti "iceberg" dalam filem Titanic yang mampu mengaramkan sebuah kapal mewah..

sifat egonya kini menggunung.. hilang rasa kasih,, hilang rasa sayang...


....::to be continue::....

..My j0urnEy..

bismillah...

02.02.2011
alhamdulillah pagi aku dimulakan dengan satu lagi qiamullail yg tenang dan nyaman...
azan subuh langsung tidak kedengaran... solat subuh aku dirikan seorang diri...
nak ke surau jauh.. adik pula masih tido..

perancangannya kami sekeluarga akan pulang ke kampung! Rompin, Pahang....
segalnya berjalan lancar...
seleppas kemas bilik, rumah dan tengok2 kucing... 
kami sekeluarga memulakan perjalanan sejauh beratus kilometer ini....

perjalanan ini kelihatan tenang dan lancar...

gambar hiasan
Namun, segalanya Allah yang tentukan...
dan dengan izinNya kami menyaksikan satu kemalangan yang dasyat..
melibatkan Myvi yang remuk teruk dan Avanza yang separuh hancur...


paling menyayat hati,, mangsa meninggal ditempat kejadian...innalilahi wa inailaihi rajiun....
segala telah tersurat... kita hanya merancang dan berusaha,, lalu Allah yang menentukan...

::pEsaNan::
ketika kita ingin bermusafir dan melakukan sesuatu yang mencabar,
bacalah "bismillah hillazi la yaduru ma'as mihi syai un fil ardi wala fis sama i wahuwas samiul alim"
baca 7 kali...dengan izin Allah segalanya berjalan lancar..
p/s: jika bacaan tersekat2 atau ada gangguan,, berehat seketika dan baca semula...

"selepas kamu berazam(berusaha) maka bertawakallah kpd Allah"

perjalanan kami teruskan dgn mood yang sedikit muram... namun kembali ceria selepas yakin segalanya ketentuan Allah..... 
Singgah di R&R Seremban....ada Skuad Era dgn Aznil Hj Nawawi....tengok dari jauh je sebab nak isi perut....nasi lemak ayam merah n telur goreng...air capuccino..hmmm...Alhamdulilah dengan rezeki Allah beri pagi ini. InsyaAllah...rezekinya berterusan melimpah buat kita semua...Amin ....

perjalanan masih jauh,, kami teruskan dgn perut terisi penuh... semoga perjalanan ini selamat...
dan xkena speed track!

"pandu cermat, jiwa selamat".... ingatlah orang yang tesayang...
lailahailallah!! :)

by: afham anak pak cik khaini....

::WE:: sPm candidates...

bismillahhirahmanirrahim...
kehadapan sahabatku 5JF, 5JM, 5JA, 5JN, 5JK dan 5DS....
perjlanan kita di arena persekolahan kini berada dipenghujungnya...
tahun inilah untuk kita buktikan kepada keluarga, sekolah dan masyarakat yang kita ni HEBAT!!

Jom! kota sama-sama mengorak langkah kehadapan demi masa depan yang cemerlang...
selepas ini kita akan bawa haluan masing2..
yela,, ada yang nk jadi doctor, lawyer, pilot, and so on la....
aku harap sgt persahabatan dan pekenalan kita selama 2 tahun ini akan berkekalan...


tak kira apapun yabg terjadi... siapa pun kita nanti... dimana jua kita suatu hari nanti..
ingatlah kita pernah berpijak di bumi SEPINTAR...
tempat kita bersama2 belajar biology, physics dan chemistry...
tempat kita melakar memori yang abadi..

walaupun kita berjauhan.. ikatan persaudaraan tidak akan pernah putus..
ingat lah.. jika kita di dalam masalah.. dibelakang kita masih ramai yang menyokong,,
(aku pown ade untuk korang luah perasaan dan masalah)...

cabaran diluar amat berbeza..
SEPINTAR adalah tempat terbaik...

oleh itu, cipta lah nama di bumi bertuah itu..
dgn nama yg baik.. agar pabila kita pergi nanti...
generasi baru menjadikan kita qudwah mereka....

semoga kita berjaya mencapai impian....<3
p/s: good luck SPM!!

      cikgu2 doakan kami!

by: afham:)

.::sAhAbAt::.

sepatutnya tidak menjadi masalah untuk kita berkawan dengan sesipa..
alhadulillah...jika kawan kita berada dilaluan yang benar...
Jika sebaliknya,, bukan kah sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya?
jangan kita pula yang terpengaruh...

segalanya berbalik pada diri kita sendiri::..
however kita tetep perlu berhati2..
yela sibuk gelak sama2... xperasan pown yg kita terpengaruh dgn kwn2 yg x sepatutnya..

sahabat yang baik:...
      ~jika korang minta bantuan,, dia akan membantu mengusahakan                                            pertolongan itu sedaya upayanya..
      ~jika dia dapat something drpd korang, dia akan menghargai..
      ~jika korang buat bakti kat dia,, dia pasti akan backup korang...
      ~jika korang ada salah paham.. dia akan mengalah untuk menjaga ikatan friendship uh!

renungkan kembali.."Dan janganlah kemu menurut orang yang telah kami lalaikan hatinya daripada menginagti kami, lalu dia mengikutkan hawa nafsu" (al-Kahfi : 28)

usha balik surah Luqman ayat 15... "Dan ikutlah jalan orang yang suka kembali bertaubat kepada Ku"

so, dapat simpulkan... sahabat adalah cermin kita!
jadilah sahabat yang baik.. dan berkawanlah dgn mereka yang baik2...

dedikasi khas::
::WE:: friend4ever!!
:kamaL: :topEk: <3