woah!!

woah!!
rindu saat itu...

.:kisAh Dia:.

kehidupannya tidak pernah sunyi dengan tomahan dan hinaan masyarakat... kemana sahaja kakinya melangkah, pasti akan diiringi suara-suara sumbang yang menyakitkan hati...Apabila mengenang nasibnya pasti air matanya mencurah-curah seperti air terjun ...

"...aku tak pernah minta jadi macam ni, apa salah aku? apa salah mummy dengan daddy? aku dah cuba, tapi tak boleh..."

hati kecilnya meraung kesakitan, dihiris pedang lidah bertubi-tubi... air mata mula memenuhi kelopak matanya, empangan penuh yang menunggu masa untuk melimpah...dan seperti yang dijangka.. air matanya jatuh ke pipi..
sebak di hati hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Dia sedar hakikatnya hidup di dunia ini bermasyarakat,, tidak kira kemana dia membawa diri, pasti manusia ada... sekelilingnya adalah masyarakat yang berfikiran jumut dan lebih jumut daripada katak terencat yang hidup bawah tempurung sejah lahir... bukan  kuasanya untuk menutup mulut orang dan mengubah persepsi masyarakat..

....hari demi hari berlalu,, bulan demi bulan silih berganti,, tahun berlalu seperti pokok2 yang mati...
kehidupannya penuh dengan tomahan... hatinya kini bagai lali dengan perkara-perkara seperti itu..
sekian lama dia lalui hidup ini,, terdetik pula dalam hati kecilnya untuk membenci.. membenci semua manusia di muka bumi ini..

".....kenapa perlu aku menangis? apa faedah yang aku dapat? takkan aku nak menderita hanya kerana mulut orang yang buta hatinya.."
perasaan marah, dendam dan benci mula menyelinap masu ke lubuk hatinya..
bermula dari detik itu, dia menjadi seorang yang baru....

bermula detik itu lah, hati kecilnya yang selama ini sering meraung, kini menjadi keras.. Hatta di hadapan Allah juga air matanya seperti "iceberg" dalam filem Titanic yang mampu mengaramkan sebuah kapal mewah..

sifat egonya kini menggunung.. hilang rasa kasih,, hilang rasa sayang...


....::to be continue::....