woah!!

woah!!
rindu saat itu...

.:akedemi kesyumulan islam:.

..bahagian 2:

KHALIFAH ALLAH.


"Manusia dipilih untuk menjadi khalifah Allah di Dunia ini, tahniah diucapkan!!"

sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, kita perlu sedar akan tanggungjawab yang kita perlu jalankan..
ingatlah, "setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpin"...

oleh itu,
1. kita perlu beriman..
iman bermaksud berikrar dgn membenarkan dalam hati, mengaku dgn lisan dan dibuktikan dgn amalan zahir.
ketahuilah, dunia hari ini terlalu liberal.. saya bukan lah orang yg bijak utk bercakap soal agama! hakikatnya hidup yang terlalu terbuka dan bersosial tanpa batas adalah jijik dimata manusia yang bertamadun..:)
"beriman kepada Allah adalah fitrah bagi manusia"...

2. kita perlu berilmu..
dunia hari ini menyaksikan ilmu pengetahuan itu adalah kunci kejayaan!!
dan itu adalah hakikat sebenarnya.. "jika kamu inginkan dunia hendaklah dengan ilmu"..
>dunia ini pasti kucar-kacir dgn pemimpin yang tidak berilmu< jadi, tuntutlah ilmu. lengkapi diri kita dgn ilmu sebanyak mungkin..

3. ammar ma'ruf, nahi mungkar!(AMNM)
mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran..
kita dinobatkan sebagai sebaik2 ummat yang dikeluarkan dari golongan manusia, kerana kita disuruh AMNM!! jadi, jalankan tugas kita sebagai khalifah Allah di tanah ini..
sekiranya kamu menolong agama Allah, Allah pasti akn menolong kamu, jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak! yakinlah dgn janji Allah...

4. bersikap adil..
hakikatnya, hukuman  manusia tidak boleh menandingi hukum Allah, dan hukum Allah adalah hukuman yg paling adil... sedar atau tidak sedar, tidak ada alasan untuk kita menolak hukuman Allah untuk dijalankan..

5. tidak mengikut nafsu..
"jihad yg paling besar adalah melawan nafsu"
khalifah Allah mesti mengawal diri dgn iman dan akal.. tidak sekalipun nafsunya mengawal diri..


ILMU + IKHLAS = ??

"setiap manusia akan gagal melainkan orang yang berilmu, setiap mereka yang berilu juga pasti akan gagal kecuali orang yang beramal, orang yang beramal juga pasti akan bina melainkan mereka yang ikhlas"

by: muhamad hafiz afham:)